Asia School of Business

Edit Content
Polisi Privasi

Polisi Privasi ini menyatakan bagaimana ASB mengumpul, mengguna dan memproses Data Individu anda berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”). Dengan membekalkan data peribadi anda kepada kami, anda dianggap telah membaca dan mengesahkan bahawa anda bersetuju kepada pemprosesan data peribadi anda dalam cara-cara yang dinyatakan dalam Polisi Privasi ini dan bahawa kesemua data peribadi yang dibekalkan adalah tepat. Setakat mana anda telah membekalkan (atau akan membekalkan) kepada kami data peribadi ahli-ahli keluarga anda, pasangan anda dan/atau tanggungan anda, anda dianggap telah memperolehi persetujuan mereka untuk membekalkan data peribadi mereka kepada kami dan mereka bersetuju kepada pemprosesan data peribadi mereka menurut Polisi Privasi kami dan bahawa kesemua data peribadi yang dibekalkan adalah tepat.

Nama, butir-butir, nombor kad pengenalan, nombor passport, alamat, jantina, umur dan maklumat-maklumat lain anda (seperti kepercayaan agama, maklumat-maklumat kesihatan, rekod akademik, sejarah pekerjaan, maklumat kewangan) sebagaimana yang perlu dalam urusan anda dengan kami.

Kami mungkin mengumpul maklumat data peribadi secara terus daripada anda apabila anda:-

  • Berkomunikasi dengan kami (sebagai contoh apabila anda email kami atau mengemukakan, permohonan/pendaftaran borang kaji selidik/anda untuk mengambil bahagian dalam program-program atau acara-acara kami);
  • Mendaftarkan diri anda sebagai pengguna berdaftar di laman web kami atau ahli alumni kami;
  • Melanggan perkhidmatan kami seperti surat berita dan artikel dan akses talian yang lain;
  • Mendaftarkan minat anda atau apabila anda meminta maklumat (termasuk melalui portal kami dalam talian dan saluran lain yang ada) atau apabila anda bertindak balas kepada mana-mana bahan-bahan pemasaran kami.
  • Mulakan hubungan perniagaan dengan kami; dan
  • Melayari laman web kami.

 

Data peribadi juga dikumpul melalui pihak-pihak ketiga seperti syarikat pemeriksaan latar belakang, pihak rujukan atau agensi pengambilan pekerja. ASB juga mengumpul data peribadi daripada acara, pertemuan, mesyuarat, aktiviti-aktiviti pengembangan dan pemasaran sama ada diadakan oleh atau bagi pihak ASB ataupun selainnya.

Semua data peribadi yang kami minta daripada anda adalah perlu supaya kami melaksanakan tujuan-tujuan pengumpulan data peribadi anda. Jikalau anda gagal membekalkan data peribadi anda, kami berkemungkinan tidak dapat memproseskan permintaan anda dan/atau meneruskan dengan urusan anda.

ASB akan mengumpul, mengguna, memproses dan/atau menzahirkan data peribadi anda bagi tujuan-tujuan pengumpulan data peribadi anda ataupun tujuan yang berkaitan.

ASB akan mengumpul, mengguna, memproses dan/atau menzahirkan data peribadi anda bagi perniagaan dan aktiviti-aktiviti ASB, dan bagi tujuan-tujuan yang berkenaan dengan apa-apa perjanjian dan pengaturan anda dengan ASB ataupun bagi tujuan yang berkaitan dan yang mana akan termasuk tanpa had kepada berikut:

a) Pelajar

  • Untuk menguruskan, mengekalkan dan memudahkan hubungan anda dengan kami sebagai pelajar kami (termasuk tanpa had kepada membekalkan servis-servis akademik dan pendidikan dan lain-lain servis sampingan seperti permohonan visa,
  • Permohonan biasiswa atau penempatan latihan atau pekerjaan dengan pihak-pihak ketiga);
  • Untuk berkomunikasi dengan anda;
  • Untuk mematuhi mana-mana keperluan undang-undang dan pengawalseliaan yang terpakai kepada kami dan membuat penzahiran di bawah keperluan mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling dan kod-kod yang terpakai kepada kami;
  • Untuk penyimpanan rekod dalaman kami;
  • Untuk analisasi statistik;
  • Untuk apa-apa tujuan yang berkaitan, bersampingan atau dalam pelanjutan kepada tujuan-tujuan di atas.

 

b) Pekerja-pekerja

  • Untuk penyimpanan rekod dalaman kami;
  • Untuk memproseskan gaji, pendahuluan, subsidi-subsidi dan/atau pembayaran balik (yang mana yang berkenaan);
  • Untuk tujuan cukai dan pengauditan;
  • Untuk berkomunikasi dengan anda;
  • Untuk mematuhi mana-mana keperluan undang-undang dan pengawalseliaan yang terpakai kepada kami dan membuat penzahiran di bawah keperluan mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling dan kod-kod yang terpakai kepada kami;

 

c) Penjual, pembekal dan/atau penyedia pengkhidmatan

  • Untuk melantik anda untuk membekalkan servis-servis atau produk-produk;
  • Untuk memproseskan bayaran, tuntutan dan/atau pembayaran balik (yang mana yang berkenaan);
  • Untuk berkomunikasi dengan anda atau syarikat anda;
  • Untuk mematuhi mana-mana keperluan undang-undang dan pengawalseliaan yang terpakai kepada kami dan membuat penzahiran di bawah keperluan mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling dan kod-kod yang terpakai kepada kami;

 

d) Lain-lain (terpakai kepada semua, termasuk pihak-pihak yang tidak dinyatakan di atas)

  • Untuk menjawab pernyataan anda;
  • Untuk membenarkan penglibatan anda dalam acara-acara dan/atau aktiviti-aktiviti yang kami adakan atau yang diadakan atas pihak kami;
  • Untuk membenarkan lawatan ke kampus;
  • Untuk menghantar kemaskini, berita, maklumat-maklumat pemasaran dan promosi yang kami berfikir akan menarik minat anda kepada anda melalui e-mel, cara-cara telekomunikasi atau media sosial;
  • Lain-lain tujuan dalam urusan anda dengan ASB.

 

e) Pendidikan Eksekutif (“Executive Education”) Bagi tujuan Pendidikan Eksekutif, data peribadi yang dikumpul dan diproses adalah berasaskan untuk tujuan yang berikut:-

  • Untuk menilai dan memproses permohonan, permintaan, pendaftaran bagi langganan atau program, perkhidmatan dan/atau penggunaan laman web kami;
  • Untuk mentadbir penyertaan anda dalam program atau acara-acara kami;
  • Untuk memproses transaksi pembayaran anda
  • Untuk menjawab pertanyaan anda;
  • Untuk menghantar maklumat publisiti tentang Iclif dan alumni;
  • Untuk berkomunikasi dengan anda termasuk untuk menyediakan anda dengan maklumat yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami dan mereka rakan-rakan perniagaan kami;
  • Untuk menyelenggara dan mengemaskini rekod pangkalan data pelanggan kami;
  • Untuk rekod dan analisis statistik; dan
  • Untuk maksud lain sebagaimana yang berkaitan dengan perkara di atas.

 

Sekiranya anda telah menyatakan persetujuan anda untuk menerima pemasaran atau promosi dari kami, anda boleh memilih keluar daripada menerima bahan pemasaran atau promosi pada bila-bila masa. Anda boleh memilih pilihan “unsubscribe” yang dibekalkan dalam e-mel yang dihantar oleh kami atau anda boleh menghubungi kami melalui butir-butir yang dibekalkan dalam Klausa 5 di bawah.

 

Kami akan mengekalkan kesulitan data peribadi yang dibekalkan kepada kami, tetapi kami akan menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga yang dinyatakan seperti di bawah jika dan bila perlu:

  • Jabatan-jabatan, pihak berkuasa kanun, pengawalseliaan kerajaan dan/atau agensi-agensi yang diberikuasa;
  • Badan-badan professional atau pengawalseliaan berkanun dan/atau akreditasi;
  • Agen-agen atau syarikat-syarikat insurans;
  • Majikan-majikan berprospek untuk tujuan penempatan latihan dan/atau pekerjaan (yang mana yang berkaitan);
  • Rakan kongsi perniagaan ASB (termasuk tetapi tidak terhad kepada MIT Sloan dan lain-lain badan-badan korporat, universiti atau sekolah yang akan berurusan dengan ASB);
  • Inividu, syarikat dan organisasi yang bertindak sebagai vendor, kontraktor, pembekal perkhidmatan kami dan/atau penasihat profesional;
  • Syarikat dan organisasi yang membantu kami dalam pemprosesan atau memenuhi transaksi dan menyediakan anda dengan perkhidmatan yang anda minta atau melanggan;
  • Pengaudit, peguam dan lain-lain penasihat professional ASB;
  • Sub-kontraktor ASB ataupun pembekal produk atau servis pihak ketiga yang ASB fikirkan perlu.

Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada dan pembetulan kepada data peribadi yang kami simpan. Jika terdapat apa-apa perubahan kepada data peribadi anda atau jika anda ingin membuat permintaan untuk mengakses atau mengemaskini data peribadi anda untuk memastikan bahawa ia adalah tepat, lengkap dan ianya adalah maklumat terkini, sila hubungi kami di maklumat perhubungan yang disediakan di bawah ini supaya kami boleh mengambil langkah-langkah bagi mengemaskini data peribadi anda.

Jika anda berniat untuk berbuat demikian, sila hubungi:

Nama Pegawai: Leaw Chin Onn
Tel: +603 2725 9000
E-mel: chinonn@asb.edu.my

Sila ambil perhatian bahawa ASB mempunyai hak untuk menolak permintaan akses anda dan/atau untuk membetulkan mana-mana data peribadi anda sepertimana yang dibenarkan di bawah undang-undang yang berkenaan.

Anda boleh menghubungi kakitangan yang berkaitan jika anda:

  • Ingin berhenti menerima kemaskini, berita, maklumat-maklumat promosi dan pemasaran daripada kami; atau
  • Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan;
  • Jika anda mempunyai sebarang pengaduan berkenaan dengan Data Peribadi yang anda bekalkan kepada kami.

 

ASB mempunyai hak untuk menukar, meminda atau mengubah Polisi ini dari semasa ke semasa. Apa-apa pindaan akan dimaklumkan melalui pengumuman di Laman Web atau lain-lain cara yang sesuai. Sila semak Laman Web dari semasa ke semasa untuk mengetahui sama ada terdapat apa-apa pindaan kepada Polisi ini. Sebarang pindaan kepada Polisi ini akan berkuatkuasa apabila notis diberi kepada anda. Dengan terus menggunakan perkhidmatan dan/ atau akses ke Laman Web ini selepas dimaklumkan mengenai sebarang pindaan kepada Polisi ini, anda akan dianggap telah bersetuju dan menerima pindaan tersebut.

Sekuriti – Walaupun jarang ada system yang dapat memberikan jaminan sekuriti sepenuhnya dan pihak kami tidak dapat memberikan jaminan sepenuhnya bahawa tiada kehilangan ataupun penyalahgunaan maklumat mungkin berlaku, pihak kami akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi yang diberikan oleh anda akan disimpan dengan selamat.