Kelestarian merupakan segmen baharu yang dilihat berupaya untuk memacu masa depan lebih mampan buat negara. Penerokaan dalam sektor teknologi dan kewangan hijau dilihat membuka ruang baharu dalam menjana bukan sahaja ekonomi, malah penyelesaian mampan ke arah membentuk masa depan Asia Tenggara. Bagi membincangkan peranan penting sektor tersebut, Asia School of Business (ASB) menghimpunkan pemimpin global, inovator, ahli akademik dan penggubal dasar dalam Sidang Kemuncak Kepimpinan Green@ Work 2024 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Presiden yang juga Dekan ASB, Prof. Sanjay Sarma, sidang kemuncak tersebut menyediakan platform dinamik untuk menangani isu-isu mendesak di seluruh sektor perniagaan, tenaga dan kewangan, sekali gus mencetuskan perbincangan mengenai kerjasama serta cara memacu masa depan lebih mampan bagi rantau ini. “Sepanjang sidang kemuncak berkenaan, perbincangan utama kita adalah berkisar tentang peranan transformatif teknologi hijau dalam memacu daya tahan ekonomi dan kelestarian alam sekitar.
Read the full article HERE.
Originally published by Kosmo.