Asia School of Business

Edit Content
Executive Education

Bank Pusat Global Berdepan Transformasi Monetari, Perubahan Struktur – Gabenor BNM

KUALA LUMPUR: Bank pusat di seluruh dunia kini berdepan cabaran transformasi besar dalam sistem monetari dan kewangan, selain perubahan struktur yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, berkata transformasi tersebut meliputi pemecahan geo-ekonomi, perubahan iklim dan pendigitalan pantas sektor kewangan.

“Perkembangan ini semakin membentuk landskap ekonomi dengan kesan meluas terhadap sistem monetari dan kewangan antarabangsa.

“Jika tidak bersedia, bank pusat berisiko terperangkap dengan ancaman baharu yang mampu mencabar sistem sedia ada dan mewujudkan rangka kerja baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Pusat Kecemerlangan Tun Ismail Ali di Asia School of Business, hari ini.

Abdul Rasheed turut memetik kata-kata Allahyarham Tun Ismail Ali yang menyifatkan bank pusat beroperasi dalam dunia yang tidak sempurna, dengan instrumen yang pengaruhnya tidak difahami sepenuhnya, demi mencapai objektif yang juga dinyatakan secara umum.

Katanya, profesion bank pusat tidak pernah bebas daripada ketidakpastian dan kebimbangan.

“Justeru, untuk berjaya, ia memerlukan ketenangan untuk menerima perkara yang tidak boleh diubah, keberanian untuk mengubah perkara yang tidak boleh diterima serta kebijaksanaan membezakan antara kedua-duanya,” katanya.

Abdul Rasheed menegaskan, ciri-ciri itu kekal relevan kerana mengemudi landskap ekonomi semasa menuntut pertimbangan yang baik, daya tahan dan kebolehan beradaptasi.

“Bagi bank pusat, sangat penting untuk memberi tumpuan kepada fungsi dan bukannya bentuk dalam inovasi kewangan.

“Ini terutama di tengah-tengah perkembangan yang sedang mengubah landskap operasi kita,” katanya.

Sebagai contoh, beliau berkata, kepesatan inovasi dalam sektor kewangan termasuk kemunculan platform bertoken dan perantara kewangan bukan bank.

Menurutnya, memberi tumpuan kepada fungsi dapat mengekalkan fokus dalam menilai risiko utama termasuk potensi kesan terhadap monetari serta kestabilan

Originally published by TV3.