Asia School of Business

Edit Content

Master of Central Banking Program Untuk Bakal Pemimpin Bank Pusat

JAKARTA – Asia School of Business (ASB) yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama MIT Sloan School of Management akan menawarkan program Master of Central Banking bagi pengambilan sulung pada Jun tahun depan. Program ini cukup istimewa kerana ia adalah pendidikan pelopor khas dalam menyediakan kakitangan bank pusat yang berpotensi tinggi dari seluruh dunia.

Dalam erti kata lain, program ini bertujuan membentuk kakitangan bank-bank pusat pada masa depan dalam menghadapi perubahan pantas dan mencabar. Profesor Ekonomi ASB, Prof Anella Munro berkata, program ini dianjurkan selama 12 bulan termasuk enam minggu di MIT Sloan. MIT Sloan School of Management adalah sekolah perniagaan Institut Teknologi Massachusetts di Cambridge.

Read the full article here.
Image source: Malaysia Gazette